ujian satu persatu :(

Ya Tuhan kami,
curahkanlah kesabaran atas kami
dan teguhkanlah pendirian kami
serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.

Ya Tuhan kami,
janganlah kau palingkan hati kami
setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat
karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.


(Cukuplah Allah sebagai penolong kami,
dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)
(Al- Imran 3:173)

Children Are From Heaven : Positive Parenting Skills for Raising Cooperative, Confident, and Compass PDF Cetak E-mail
(Oleh:  HAFIZ FIRDAUS)
Judul buku: Children Are from Heaven : Positive Parenting Skills for Raising Cooperative, Confident, and Compassionate Children
Penulis: John Gray PhD
Penerbit: Quill



Berikut adalah ulasan buku serba ringkas kepada sebuah buku 'Children Are from Heaven : Positive Parenting Skills for Raising Cooperative, Confident, and Compassionate Children'.


Sebenarnya ulasan buku diusulkan oleh Sheikh Yaakub (Fikrah yahoogroup) ketika kami membincangkan tentang kebaikan isi kandungannya serta persamaan beberapa konsep positive-parenting dengan hadis-hadis Rasulullah SAW mengenai pendidikan anak-anak (tarbiyah ul-aulad). Kebetulan pula kami berdua adalah bapa-bapa amatur dan anak-anak pun hampir sebaya.

Sebenarnya sudah lama saya sering tertanya-tanya apakah kaedah membesarkan anak-anak yang terbaik. Saya juga tertanya-tanya bilakah pendidikan dimulakan? apa yang mahu dididik pada usia-usia tertentu? wajarkah sesetengah perkara didedahkan pada usia yang terlalu muda? Bagaimana cara terbaik kita menangani kerenah mereka? dan bermacam persoalan lagi.

Saya pernah membaca sebuah karya monumental Abdullah Nasih Ulwan yang bertajuk Tarrbiyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam) yang ternyata sungguh baik dalam melengkapkan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sesuai dengan fikrah Islami. Tetapi dari segi praktisnya penerapan ilmu-ilmu ini ternyata memerlukan pula skill-set lain yang berbeza. Saya melihat bahawa silabus-nya ada tetapi metod penyampaiannya tiada. Anak-anak kita pula adalah 'alien' dari planet lain yang melalui berbagai peringkat pembesaran mental, fizikal dan emosi - bermula dari bayi kepada mumayyiz kepada akil baligh dan seterusnya. Jantina pun berbeza yang kemudian membahagikan mereka kepada dua kategori yang berbeza. Satu kesilapan yang biasa kita lakukan ialah mendidik anak-anak sebagai mana kita mendidik orang dewasa. Ini adalah tidak tepat dan tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, sedangkan Islam sendiri dari awal-awal lagi sudah membezakan antara kanak-kanak dan orang dewasa, mumayyiz (kanak-kanak) dan mukallaf (dewasa yang dibebani taklif syarie).

Pengarang buku ini ialah seorang ahli psikologi yang terkenal dengan bukunya 'Men are from Mars, Women are from Venus' (yang dijadikan salah sebuah buku rujukan untuk bidang komunikasi oleh Universiti Islam Antarabangsa). Kepakaran beliau memang diiktiraf dan cukup popular melalui siri buku-buku beliau dan seminar-seminar yang beliau anjurkan di serata Amerika.

Beliau menulis buku ini sebagai menjawab persoalan krisis keibubapaan yang melanda Amerika. Sebagaimana yang kita tahu fikrah liberalisasi Amerika telah melahirkan generasi rakyat yang jelas rosak jiwa dan akhlak dan setiap generasi melahirkan mereka yang lebih ganas dari generasi sebelumnya. Dan sudah tentulah generasi ini datangnya dari mereka yang melalui kegelapan dan ketidakseimbangan zaman kanak-kanak dan zaman remaja.

Buku ini membincangkan kaedah positive-parenting melalui 5 tajuk besar. Secara umumnya kandungan buku ini tiada yang bercanggah dengan ilmu-ilmu Islam malah terdapat beberapa teori penulis yang bertepatan dengan sunnah Nabi SAW, bezanya penulis mengetahuinya dari kajian dan pengalaman beliau sedangkan Nabi SAW mengetahuinya melalui bimbingan wahyu dari Allah SWT 1400 tahun dahulu. InsyaAllah akan saya sebutkan beberapa contoh nanti.

Lima tajuk besar buku ini ialah:
1. It's okay to be different. - Setiap manusia itu berbeza itu sunatuLlah, kanak-kanak pun begitu juga. Kesilapan kita ialah sering menganggap keupayaan anak-anak serupa dengan kita atau anak kita mesti sama dengan anak jiran atau anak rakan kita. Penulis memberikan tiga kategori kanak-kanak 'walker', 'runner' dan 'jumper'. Mengakui dan memahami setiap kanak-kanak itu berbeza adalah langkah pertama ke arah positive parenting.
2. It's okay to make mistakes. - Manusia belajar dari kesilapan, ini juga hukum Allah. Dari kesilapan kita belajar kesan dan implikasi dan bagaimana membetulkan kesilapan atau tidak mengulangi kesilapan. Anak-anak yang membesar tanpa mempelajari bahawa kesilapan itu lumrah sebenarnya akan cacat daya juang dan daya saingnya serta tidak akan bersifat kompetitif. Mereka akan sentiasa takut mencuba kerana takut salah.

3. It's okay to express negative emotions. - Sebagaimana emosi positif itu baik untuk dizahirkan begitu juga emosi negatif tetapi haruslah dengan suasana terkawal dan kaedah yang betul. Peranan ibubapa dalam positive parenting ialah untuk memantau dan mengawal emosi positif dan negatif anak-anak. Kesilapan biasa ibu bapa ialah menafikan emosi negatif anak-anak contohnya tidak boleh menangis, tidak boleh merajuk, tidak boleh menjerit sedangkan ini adalah cara kanak-kanak melepaskan geram secara tabi'i, mereka tidak tahu cara lain. Adalah tidak adil bila kita menafikan hak anak-anak ini sedangkan kita sendiri kadang-kadang pun akan marah, geram, bengang dan sebagainya.

4. It's okay to want more. - Bab ini menceritakan tentang bolehnya anak-anak untuk meminta lebih atau meminta sesuatu tetapi haruslah dikawal dan dipantau secara bijak oleh ibubapa.
5. It's okay to say no, but remember mom and dad are the bosses. - Bab terakhir ini membincangkan tentang bolehnya anak-anak untuk berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan ibubapa. Ibubapa pula mestilah sentiasa memberi peluang untuk anak-anak menyuarakan pendapat. Walaupun pendapat mereka tidak tepat tetapi itu tidak bermakna mereka tiada hak untuk memberi pendapat. Keputusan muktamad masih di tangan ibubapa. Menafikan anak-anak hak bersuara dan memberi pendapat akan melahirkan generasi yang taklid dan berfikiran tertutup yang tidak boleh keluar dari pendapat ibu bapa mereka, atau bila mereka sudah dewasa tidak mampu keluar dari pendapat arus-perdana atau common practices walaupun jelas salah dan tidak tepat.
Demikianlah 5 topik besar yang dapat saya ulas secara ringkas sahaja dan tidak dapat dituliskan kesemuanya, walaupun masih banyak lagi kandungan bermanfaat yang ingin saya kongsikan.

Beberapa amalan atau kaedah positive parenting yang dapat saya kaitkan dengan sunnah Nabawi, sebagaimana yang saya katakan di atas adalah seperti berikut.

1. Anak-anak tidak mengerti apa itu tanggungjawab sehinggalah berumur tujuh tahun. Ketika umur tujuh pun mereka cuma diperkenalkan dengan konsep tanggungjawab tetapi tidak perlu memikul apatah lagi dihukum sehingga proses tarbiyah yang beransur-ansur itu selesai. Solat adalah tanggungjawab besar dan Nabi SAW menyuruh anak-anak dimulakan bersolat ketika umur 7 tahun dan dirotan ketika umur 10 tahun (3 tahun tempohnya). Petunjuk ini sebenarnya adalah petunjuk terbaik yang telah Islam tunjukkan bila menyentuh soal tanggungjawab. Apakah ada tanggungjawab yang lebih besar dari tanggungjawab manusia menyembah Rabb-nya? Yang terbaliknya dengan amalan masa kini ialah kita merotan anak untuk setiap perkara SELAIN solat dan cuma menyuruh anak solat bila anak sudah 17 tahun atau bila tidak lama lagi sudah mahu menikah. Satu amalan tradisional yang menyalahi sunnah dan menyalahi positive parenting.

2. Anak-anak tidak dibanding-bandingkan dan dilayan sama-rata. Ini dapat kita lihat dari sikap Rasulullah SAW yang melayan cucunya Hassan dan Hussain. Rasulullah melayan mereka sama rata dan melayan mereka sebagaimana kanak-kanak gemar dilayan. Pernah suatu ketika Nabi SAW melihat seorang lelaki mencium anaknya tetapi tidak mencium anaknya yang seorang lagi dan Nabi SAW menegur sikap tidak adil lelaki tersebut. Pernah juga Nabi SAW memberi amaran kepada seorang lelaki mengaku tidak ada perasaan sayang terhadap anaknya dengan amaran "tidak disayangi Allah mereka yang tidak menyayangi..".

3. Anak-anak ada set of rules mereka yang tersendiri sebagaimana orang dewasa juga. Mereka hidup dalam dunia mereka yang jauh berbeza dengan realiti dan peraturan dunia orang dewasa. Salah faham yang sering kita lakukan ialah kita meletakkan standard yang begitu tinggi untuk anak-anak dan menganggap sebaik sahaja mereka mampu bercakap maka secara otomatik mereka mampu memahami logik dan peraturan orang dewasa. Ini adalah salah dan mustahil, sebaliknya ibu bapalah yang harus memahami dunia kanak-kanak dan memahami mengapa they behave the way they do. Inilah sebenarnya kaedah Nabawiyah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam sebuah riwayat yang masyhur iaitu bila cucunya (Hasan atau Husain) memanjat tengkoknya ketika Baginda sedang sujud dan Baginda tidak bangun dari sujud (begitu juga para makmum) sehinggalah cucunya itu selesai dan turun dari tengkuknya.
Akhir sekali, positive parenting yang diketengahkan dalam buku ini adalah alternatif kepada cara yang biasa kita lihat dan amalkan iaitu hard-parenting (ibubapa garang) dan soft-parenting (terlalu manjakan anak). Bukan kerana kita suka tetapi kerana kita tidak punya alternatif lain. Positive parenting tidak menjanjikan ibubapa atau anak-anak yang sempurna tetapi sebenarnya memudahkan ibubapa dalam memahami anak-anak, cuba menjadikan ibubapa 'coach' yang terbaik dalam membesarkan anak-anak dan mengajar bagaiman menggilap potensi dan bakat anak-anak yang sememangnya sudahpun Allah SWT tentukan.

Benarlah maksud 'Children are From Heaven' kerana anak-anak adalah amanah besar dari langit (Allah SWT) dan anak yang soleh adalah saham yang sudah pasti menguntungkan kita insyaAllah. Saya amat mencadangkan buku ini dimiliki oleh para ibubapa lain juga bakal ibubapa yang ingin mencuba kaedah Positive Parenting.

Salam Sayang strawberry..

Permulaan, hati dan ikhlas.

Setiap perkara dimulakan dengan "بسم الله الرحمن الرحيم".
sejajar dgn hadith yang dibaca beberapa hari lalu harap diri ini istiqamah dlm melakukannya.
Sabda Nabi SAW:
"Setiap perkara penting yang tidak dimulakan padanya dengan BISMILLAH , maka perkara itu terputus."
(HR Abu Daud, Al-Nasa'ie, Ibn Majah n Ibn Hibban dalam sahihnya)

**yang dikatakan terputus itu iaitu "terputus daripada tujuan asal yang baik. Terputus dari Allah".
jika kita mulakan dengan Bismillah hikmahnya kita bekerja krn Allah . Semua perkara sepatutnya permulaan dengan niat "Lillahita'ala".

Mengenai hati dan ikhlas, dalam kehidupan ni, kita sering berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Termasuklah diri ini, rasanya berat ujian yang dilalui sejak akhir-akhir ni melibatkan hati, masa depan dan keluarga.

Melalui pembacaan ,dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.

**Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud:

"(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia." (Surah Ar-Rad, ayat 28)

**Selain itu, mukmin yang sentiasa berzikir akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, ayat 35)
Walaupun zikir amalan yang mudah dilakukan, tetapi menjadi berat untuk dibiasakan. Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan. Pernyataan ni memang tepat, kadang kita rasa nak marah, hilang sabar bila ada ujian mcm ni dr Allah, seterusnya berakhir dengan keputusan yang beremosi. Semoga Allah memaafkan dosa hambamu ni. AstagfirAllah...

Manakala, ikhlas datang daripada hati akan menjadikan sesuatu perbuatan dan amal itu diterima Allah.
Nabi SAW bersabda;
"Siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya." (Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis ini, sifat ikhlas penting dalam memberi dan menolak sesuatu yang haram serta membenci perbuatan tidak baik. Malah, tujuan berkahwin yang ikhlas kerana Allah sangat dituntut Islam kerana ia adalah cara menuju kesempurnaan iman. Begitulah tingginya kedudukan sifat ikhlas dalam hati Muslim. Sifat ikhlas dapat dididik kepada anak melalui pemberian, percakapan dan membenci sesuatu perkara yang dilarang Allah. Pendidikan ini mesti dilakukan secara berterusan.

Ikhlas sebenarnya wujud dari hati, bukan melalui percakapan. Ada sesetengah orang mengatakan, pemberian saya ini ikhlas. Belum tentu sifat ikhlas itu wujud seratus peratus kerana pemberian yang ikhlas adalah lebih baik dilakukan secara diam-diam dan tidak perlu ia dihebahkan kepada orang ramai.
Sukar untuk menentukan keikhlasan yang datang dari hati.

Hanya seseorang yang beriman dan betul-betul ikhlas yang dapat mentafsirkan pemberiannya ikhlas atau ada maksud di sebaliknya.

Ya Hayyu ya Qayyum, berikanlah ketenangan hati , keikhlasan dan petunjuk pada hambamu ini.

Salam Sayang Strawberry..

MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

• Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh ,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan seperti mana firman Allah ;


“ Satu keturunan yang sebahagiannya(tuntutan) dari yang lain” (Ali-Imran ; 34)

• Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari menundukkan pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat .Jangan di lepaskan peluang (menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda ;

“Allah berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada jalan Allah,hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya”

• Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;

“Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian .”



Dalam riwayat lain ada disebutkan ;

“Kahwinikanlah mereka dengan yang sekufu”

• Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w.


“ Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka,kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik” (hadis riwayat Ibn Majah )



• Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya ,kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan.Siapa yang mengahwininya keran hartanya,perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya ,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya,memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim ,Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya” (hadits riwayat Abu Nuaim)

Ingin penulis berkongsi bersama kalian dengan kata-kata ini dari Dr. HM Tuah
Iskandar Al-Haj yang menyatakan ;

“ CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,kuat dan bermotivasi sepenuhnya” dan “Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang”


Penulis mengakhiri topik yang agak ‘menceriakan’ pada kali ini dengan kata-kata yang boleh dijadikan renungan seketika bersama kalian …Wallahu’alam..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa …
Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya…
Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan addinnya…
Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya…
Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN…

sumber : asasian.net

link quran..awesome :)

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

keutamaan bagi orang yang mengkaji, memahami, merenungkan dan menghafalkan Al Qur’an.

Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, dan para sahabatnya.

Berikut adalah beberapa keutamaan bagi orang yang mengkaji, memahami, merenungkan dan menghafalkan Al Qur’an.

[1] Mendapat Syafa’at di Hari Kiamat

Dari Abu Umamah Al Bahiliy, (beliau berkata), “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

“Bacalah Al Qur’an karena Al Qur’an akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafi’ (pemberi syafa’at) bagi yang membacanya.

Bacalah Az Zahrowain (dua surat cahaya) yaitu surat Al Baqarah dan Ali Imran karena keduanya datang pada hari kiamat nanti seperti dua awan atau seperti dua cahaya sinar matahari atau seperti dua ekor burung yang membentangkan sayapnya (bersambung satu dengan yang lainnya), keduanya akan menjadi pembela bagi yang rajin membaca dua surat tersebut. Bacalah pula surat Al Baqarah. Mengambil surat tersebut adalah suatu keberkahan dan meninggalkannya akan mendapat penyesalan. Para tukang sihir tidak mungkin menghafalnya.” (HR. Muslim no. 1910. Lihat penjelasan hadits ini secara lengkap di At Taisir bi Syarhi Al Jami’ Ash Shogir, Al Munawi, 1/388, Asy Syamilah)

[2] Permisalan Orang yang Membaca Al Qur’an dan Mengamalkannya

Dari Abu Musa Al Asy’ariy, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

الْمُؤْمِنُ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَعْمَلُ بِهِ كَالأُتْرُجَّةِ ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ ، وَالْمُؤْمِنُ الَّذِى لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَعْمَلُ بِهِ كَالتَّمْرَةِ ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا ، وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَالرَّيْحَانَةِ ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ ، وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَالْحَنْظَلَةِ ، طَعْمُهَا مُرٌّ – أَوْ خَبِيثٌ – وَرِيحُهَا مُرٌّ

“Permisalan orang yang membaca Al Qur’an dan mengamalkannya adalah bagaikan buah utrujah, rasa dan baunya enak. Orang mukmin yang tidak membaca Al Qur’an dan mengamalkannya adalah bagaikan buah kurma, rasanya enak namun tidak beraroma. Orang munafik yang membaca Al Qur’an adalah bagaikan royhanah, baunya menyenangkan namun rasanya pahit. Dan orang munafik yang tidak membaca Al Qur’an bagaikan hanzholah, rasa dan baunya pahit dan tidak enak.” (HR. Bukhari no. 5059)

[3] Keutamaan Memiliki Hafalan Al Qur’an

Dari Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِى الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا

“Dikatakan kepada orang yang membaca (menghafalkan) Al Qur’an nanti : ‘Bacalah dan naiklah serta tartillah sebagaimana engkau di dunia mentartilnya. Karena kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca (hafal).” (HR. Abu Daud no. 1464 dan Tirmidzi no. 2914. Syaikh Al Albani dalam As Silsilah Ash Shohihah no. 2240 mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Yang dimaksudkan dengan ‘membaca’ dalam hadits ini adalah menghafalkan Al Qur’an. Perhatikanlah perkataan Syaikh Al Albani berikut dalam As Silsilah Ash Shohihah no. 2440.

“Ketahuilah bahwa yang dimaksudkan dengan shohibul qur’an (orang yang membaca Al Qur’an) di sini adalah orang yang menghafalkannya dari hati sanubari. Sebagaimana hal ini ditafsirkan berdasarkan sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lain, ‘Suatu kaum akan dipimpin oleh orang yang paling menghafal Kitabullah (Al Qur’an).’

Kedudukan yang bertingkat-tingkat di surga nanti tergantung dari banyaknya hafalan seseorang di dunia dan bukan tergantung pada banyak bacaannya saat ini, sebagaimana hal ini banyak disalahpahami banyak orang. Inilah keutamaan yang nampak bagi seorang yang menghafalkan Al Qur’an, namun dengan syarat hal ini dilakukan untuk mengharap wajah Allah semata dan bukan untuk mengharapkan dunia, dirham dan dinar. Ingatlah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,

أَكْثَرَ مُنَافِقِي أُمَّتِي قُرَّاؤُهَا

“Kebanyakan orang munafik di tengah-tengah umatku adalah qurro’uha (yang menghafalkan Al Qur’an dengan niat yang jelek).” (HR. Ahmad, sanadnya hasan sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth).” [Makna qurro’uha di sini adalah salah satu makna yang disebutkan oleh Al Manawi dalam Faidhul Qodir Syarh Al Jami’ Ash Shogir, 2/102 (Asy Syamilah)]

[4] Keutamaan Mengulangi Hafalan Al Qur’an

Dari Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْآنِ كَمَثَلِ الإِبِلِ الْمُعَقَّلَةِ إِنْ عَاهَدَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا وَإِنْ أَطْلَقَهَا ذَهَبَتْ

“Sesungguhnya orang yang menghafalkan Al Qur’an adalah bagaikan unta yang diikat. Jika diikat, unta itu tidak akan lari. Dan apabila dibiarkan tanpa diikat, maka dia akan pergi.” (HR. Bukhari no. 5031 dan Muslim no. 789).

Dalam riwayat Muslim yang lain terdapat tambahan,

وَإِذَا قَامَ صَاحِبُ الْقُرْآنِ فَقَرَأَهُ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ذَكَرَهُ وَإِذَا لَمْ يَقُمْ بِهِ نَسِيَهُ

”Apabila orang yang menghafal Al Qur’an membacanya di waktu malam dan siang hari, dia akan mengingatnya. Namun jika dia tidak melakukan demikian, maka dia akan lupa.” (HR. Muslim no. 789)

Al Faqih Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin memiliki kebiasaan menghafal Al Qur’an di pagi hari sehingga bisa menguatkan hafalannya. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Cara yang paling bagus untuk menghafalkan Al Qur’an -menurutku- adalah jika seseorang pada suatu hari menghafalkan beberapa ayat maka hendaklah dia mengulanginya pada keesokan paginya. Ini lebih akan banyak menolongnya untuk menguasai apa yang telah dia hafalkan di hari sebelumnya. Ini juga adalah kebiasaan yang biasa saya lakukan dan menghasilkan hafalan yang bagus.” (Kitabul ‘Ilmi, hal. 105, Darul Itqon Al Iskandariyah)

Semoga kita termasuk orang yang mendapatkan syafa’at melalui amalan Al Qur’an. Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

***Salam Sayang Strawberry :)

Maklumat Mengerjakan Ibadah Korban Menurut Sunnah Rasulullah SAW

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima ALLAH.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.

Firman ALLAH S.W.T:

"DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." - Surah al-Mulk: 2.

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w seperti berikut:

1. Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Imam Syafie r.h berkata:

"Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban." – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh karya Imam Syafie, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m.s. 737.

Sabda Rasulullah s.a.w:


إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَّهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْء
Maksudnya:
"Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ
Maksudnya:
"Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5561.

Sabda Rasulullah s.a.w:


كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ
Maksudnya:
"Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan." – Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.


2. Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah s.a.w:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الأََضَاحِيِّ فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى
Maksudnya:
"Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)." – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, 2420.


3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Maksudnya:
"Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.h:

"Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain." – Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Diukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata:

"Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada ALLAH. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." – Rujuk Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96. Dinukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99


4. Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Jabir r.a berkata:

نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ
Maksudnya:
"Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1318.


5. Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Abu Ayyub menjawab:

كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ
Maksudnya:
"Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain." – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1425.


6. Ibadah korban dilaksanakan di musolla.

Menurut sunnah Nabi s.a.w. solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla. tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى. فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w. keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956.

Sebagaimana yang telah kita maklum solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada solat 1000 kali di masjid lain selain Masjidil Haram. Namun ternyata meskipun dengan keutamaan sebesar ini Rasulullah s.a.w. tetap memerintahkan para sahabat untuk mendirikan solat Hari Raya di musolla. Ibnu Qudamah r.h di dalam al-Mughni (jilid 3, ms. 260) berkata:

“Mengerjakan solat Hari Raya di musholla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi s.a.w. keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula para khulafa’ al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat Hari Raya.”
Oleh itu disunnahkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْبَحُ وَيَنْحَرُ بِالْمُصَلَّى
Maksudnya:
"Sudah menjadi kebiasaan baginda menyembelih dan berkorban di musolla." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5552.


7. Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ
Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.


8. Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا
Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama ALLAH dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.


9. Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w:

فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا
Maksudnya:
"Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu)." - Hadis riwayat al-Muslim di dalam Sahih al-Muslim, hadis no: 1971.


10. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا
Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317.

Demikianlah beberapa sunnah Rasulullah s.a.w ketika melaksnakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha. Oleh itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah-sunnah tersebut.

Berbahagialah orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH dalam beribadah kepada-NYA dengan mengikuti sunnah Nabi-NYA dan tidak mencampur-adukkannya dengan amalan bid'ah.

SELAMAT HARI QORBAN BAKAL MENJELMA
salam sayang Strawberry :)

Pengalaman Pertama

hari jumaat lepas satu berita mengejutkan  sedara ku telah meninggal dunia, arwah tidak pernah mnnjukkan sakit apa..tapi ajal kan..tetap dirasai semua orang tidak kira sakit atau pun tidak semua telah ditetapkan oleh Allah swt.. -alfatihah-semoga beliau ditempatkan bersama para solihin.

perasaan sedih sangat sebab arwah ni sangat baik orangnya, malah berusaha keras mencari rezeki untuk anak-anak beliau. nak dijadikan cerita, tergerak dihati nak mandikan dan kapankan beliau..kerana sebelum ni  tidak pernah buat perkara ni sebabnya terpikir rugi belajar semua tapi tidak praktikkan maka hari itu adalah pengalaman pertama aku mandikan dan kapankan mayat. kalau ikutkan aku adalah orang paling takut buat-buat benda camni..tapi alhamdulillah pada hari itu tidak ada perasaan sedikit takut pun utk melakukan fardhu kifayah ni..malahan bersungguh sebab arwah ni sangat baik jadi aku rasa ikhlas nak buat itu semua utk arwah. alhamdulillah selepas settle semua urusan tu dengan baiknya, aku rasa bersyukur sgt niat dihati tu telah termakbul dan selesai dijalankan.

ingatkan selesai lah semua tapi lupenya ada ujian juga Allah berikan...selepas je balik dari pengebumian  pulang ke rumah masa tu tiba2 perasaan takut datang dan terbayang2 mayat arwah..aduhh mase tu rase xtau nak gmbarkn cmne..nak p toilet teringat..nak kedapur teringat...boleh kata setiap masa lah.. malam nak tido aku dah start gelisah..baring pusing sana teringat pusing sini teringat..akhirnya aku amek kputusan tido ngan mak jela...masa tu barulah dapat terlelap sikit...aura mak memang kuat (sayang mak  :) )sehinggalah berlanjutan pada hari ini aku masih xdapat lupekan benda ni..  sehinggalah ade someone bagi doa tuk tido kalau kite ade perasaan mcm ni..time kasih banyak2.. malam nak tdo tu praktikkan .. so doa ni dari hadith Nabi SAW...maka ia adalah sahih dan boleh digunapakai sekaligus kita mengamalkan sunnah nabi.
doa tersebut:
فقد روى أبوداود والترمذي وغيرهما من حديث عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا فزع أحدكم في النوم فليقل:أعوذ بكلمات الله التامة من غضبه وعقابه،وشر عباده،ومن همزات الشياطين وأن يحضرون،فإنها لن تضره))
 maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari kemarahan Allah dari kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari gangguan syaitan dan dari kehadiran mereka (HR. Abu Daud dan Tir-middzi)"

=(التوقيع)
جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم00فشكا إليه أهاويل يراها في المنام ؛ فقال : إذا أويت إلى فراشك فقل : أعوذ بكلماتالله التامه من غضبه وعقابه , ومن شرعباده ، ومن همزات الشياطين وأن يحضرون "" حديث صحيح "" الصحيحه

alhamdulillah lepas baca doa ni dan baca 3 surah "QUL" aku dapatkan lelap mata dengan senangnya dan tidak ada perasaan takut dah..syukur sangat mlm td dapat tdo dengan "kualitinya"..

begitulah pengalaman pertama memandikan dan menkafankan mayat sampai xboleh tido.. :)insya'Allah nak mencuba lagi untuk kali kedua :). salam sayang Strawberry.. :)

Doa yang Sunnah selepas membaca Al-Quran

doa ni telah di share oleh someone pd minggu lepas. sangat bagus doa ni terdapat dalam hadith sekaligus mengikut sunnah Nabi SAW.. alhamdulillah oleh kerana malam ngajar budak ngaji bolehla praktikkan pada anak-anak mengajiku "Syafiq, Syakir dan Suhaila" yang sangat sporting n nakal kenekan orang.. :) tidak lupa Syami..si kecik yang baca iqra' huruf "ب" je die kenal...hihi tahan gelak je gelagat diorang... salam sayang Strawberry :)   بالتوفيق والنجاح


Setelah selesai membaca al Qur’an dianjurkan untuk mengucapkan bacaan berikut ini: Subhanakallahumma wa bihamdika laa ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaika. Yang artinya: maha suci Engkau ya Allah sambil memuji-Mu. Tiada sesembahan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.
الدليل: عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ : مَا جَلَسَ رَسُولُ اللهِ مَجْلِسًا قَطُّ، وَلاَ تَلاَ قُرْآناً، وَلاَ صَلَّى صَلاَةً إِلاَّ خَتَمَ ذَلِكَ بِكَلِمَاتٍ، قَالَتْ: فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَرَاكَ مَا تَجْلِسُ مَجْلِساً، وَلاَ تَتْلُو قُرْآنًا، وَلاَ تُصَلِّي صَلاَةً إِلاَّ خَتَمْتَ بِهَؤُلاَءِ الْكَلِمَاتِ ؟
قَالَ: (( نَعَمْ، مَنْ قَالَ خَيْراً خُتِمَ لَهُ طَابَعٌ عَلَى ذَلِكَ الْخَيْرِ، وَمَنْ قَالَ شَرّاً كُنَّ لَهُ كَفَّارَةً: سُبْحَانَكَ [اللَّهُمَّ] وَبِحَمْدِكَ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ ))([]).
Dalilnya, dari Aisyah beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam- duduk di suatu tempat atau membaca al Qur’an ataupun melaksanakan shalat kecuali beliau akhiri dengan membaca beberapa kalimat”. Akupun bertanya kepada Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam-, “Ya Rasulullah, tidaklah anda duduk di suatu tempat, membaca al Qur’an ataupun mengerjakan shalat melainkan anda akhiri dengan beberapa kalimat?” Jawaban beliau, “Betul, barang siapa yang mengucapkan kebaikan maka dengan kalimat tersebut amal tadi akan dipatri dengan kebaikan. Barang siapa yang mengucapkan kejelekan maka kalimat tersebut berfungsi untuk menghapus dosa. Itulah ucapan Subhanakallahumma wa bihamdika laa ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaika. ”
) إسناده صحيح: أخرجه النسائي في “السنن الكبرى” (9/123/10067)، والطبراني في “الدعاء” (رقم1912)، والسمعاني في “أدب الإملاء والاستملاء” (ص75)، وابن ناصر الدين في “خاتمة توضيح المشتبه” (9/282).
Hadits di atas sanadnya shahih, diriwayatkan oleh Nasai dalam Sunan Kubro 9/123/1006, Thabrani dalam ad Du-a no 1912, Sam’ani dalam Adab al Imla’ wa al Istimla’ hal 75 dan Ibnu Nashiruddin dalam Khatimah Taudhih al Musytabih 9/282.
وقال الحافظ ابن حجر في “النكت” (2/733): [إسناده صحيح]، وقال الشيخ الألباني في “الصحيحة” (7/495): [هذا إسنادٌ صحيحٌ أيضاً على شرط مسلم]، وقال الشيخ مُقْبِل الوادعي في “الجامع الصحيح مما ليس في الصحيحين” (2/12: [هذا حديثٌ صحيحٌ
Al Hafizh Ibnu Hajar dalam an Nukat 2/733 mengatakan, “Sanadnya shahih”. Syaikh al Albani dalam Shahihah 7/495 mengatakan, “Sanad ini adalah sanad yang juga shahih menurut kriteria Muslim”. Syaikh Muqbil al Wadi’I dalam al Jami’ al Shahih mimma laisa fi al Shahihain 2/12 mengatakan, “Hadits ini adalah hadits yang shahih”.



HadithHadith mengenai Puasa Sunat

hasil daripada pencarian dalam kitab Riyadhus Salihin.. dapatlah kumpul hadith2 pasal puasa sunat ni sebagai rujukan diri sendiri....bukan senang nak buat puasa sunat ni..memang kene kuatkn semangat menahan diri dari suma perkara..tapi kalau dah biasa lakukan..insya'Allah semuanya dipermudahkan..apepun istiqamah! :) Salam sayang strawberry :)


PUASA SUNAT

1-      SUNNAH PUASA PADA HARI ISNIN & KHAMIS

Puasa Hari Isnin dan Khamis
Disunatkan juga berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis, kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada kedua-dua hari yang tersebut.
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
54- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ. (رواه الترمذي)
54- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "(1)
(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)
Menurut Imam Nawawi, rahimahullah: Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan tidak menyebutkan tentang puasa. (2)
Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan;  Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut.
__________________________
1. Tuhfat al-Ahwazi (3:450).
2. Riyad al-Salihin (hlm. 454).

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
55- عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ قَالَ ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ. (رواه مسلم)
55- Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang puasa hari Isnin.
Baginda menjawab:  "Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul - atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur'an kepada aku."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas,  bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur'an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam. 
Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut "Hari Maulid al-Rasul" dan "Malam Nuzul al-Qur'an" dengan penuh kesyukuran. 
_________________________
1. Sahih Muslim - hi Syarh al-Nawawi (8:51).

2-      SUNNAH PUASA 3 HARI SETIAP BULAN

·         Dari Abu Hurairah ra berkata kekasihku Rasulullah saw berpesan kpd saya untuk berpuasa 3 hari setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan Solat witir sebelum saya tidur.
(riwayat Bukhari&Muslim)

-Hadith Sahih-

·         Dari Abdullah bin ‘Amr bin Ash ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
“puasa 3 hari setiap bulan itu adalah seperti puasa sepanjang masa.

(riwayat Bukhari&Muslim)
-Hadith Sahih-

·         Dari Muadzah Al-Adawiyyah bhawasanya ia pernah bertanya kpd Aisyah ra:
“Apakah Rasulullah saw biasa puasa 3 hari setiap bulan?
Aisyah menjawab: “ya”.
Saya bertanya lagi: “bulan apa saja beliau berpuasa?
Aisyah menjawab: “ tidak peduli bulan apa saja beliau berpuasa.”

(Riwayat Muslim)
-hadith sahih-

·         Dari Qatadah bin Milhan ra berkata:
“Rasulullah saw menyuruh kami untuk puasa pada أيام البيض  yakni tanggal 13/14&15.

(riwayat Abu Daud)


3-      MAKRUH MENGKHUSUSKAN HARI JUMAAT UNTUK PUASA

·         Dari Abu Hurairah ra dari Nabi Saw, beliau bersabda:
“janganlah kamu sekalian mengkhususkan malam jumaat untuk bangun (solat malam) diantara malam-malam yang lain, dan janganlah kamu sekalian mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa diantara hari-hari yang lain kecuali bila salah seorang diantara kamu sekalian mengerjakan puasa WAJIB.

Penerangan
Boleh berpuasa pada hari jumaat jika itu puasa yang diwajibkan.

(riwayat muslim)
-hadith sahih-

·         Dari Abu Hurairah ra berkata:
“saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Janganlah sekali-kali salah seorang diantara kamu sekalian berpuasa pada hari jumaat kecuali bila disambung dengan hari sebelumnya atau hari sesudahnya.

Penerangan
Apabila seseorang berpuasa sunat pada hari jumaat mestilah puasa itu disambung (ada pasangannya) samaada khamis (hari sebelumnya) atau sabtu (hari sesudahnya).

(riwayat Bukhari&Muslim)

·         Dari Muhammad bin Abbad berkata :
“saya bertanya kpd Jabir ra:
“apakah Nabi saw melarang untuk berpuasa pada hari jumaat?
Ia menjawab: “ya”

(riwayat Bukhari&muslim)

Starting Strawberry.. :)

Blog baru bermula dengan Strawberry... :) apepun dimulai dengan Assalamualaikum sejajar dengan hadith Bukhari Muslim:

Dari 'Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash ra bahawasanya ada seseorg bertanya kpd Rasulullah saw "Perbuatn apa saja yg terbaik dlm islam?" beliau mnjawab "iaitu kamu memberi makan dan mngucapkan salam baik kpd org yg sudah kamu kenal mahupun org yg belum kamu kenal." (riwayat Bukhari n Muslim)

setelah sekian lame barula nak buat blog ni...huahua bersempena dgn Strawberry telah mmberi ilham nama blog ni disambung dengan makna nama sendiri...bak kata orang arab
"إسم جميل" hehe..

niat dihati nak kumpul hadith2 yang dipelajari, yang dibaca disimpan dalam blog ni...rugi pulak belajar tapi tidak ada catatan khusus...harap blog strawberry aku ni memenuhkan input yang berilmiah... salam sayang Strawberry.. :)

sekian, diakhiri dgn post Strawberry yg dibeli kat kedai Jepun di Curve Damansara :)

There are such a lot strawberries.
Shall I make a strawberry jam
Whether shall mix a cake..
Whether the muffin shall be made?
And, let's hold a wonderful party.
...(Strawberry Garden)
~~Strawberry Nyssa :P**





 

Copyright © 2009 - Strawberry Sebaik-baik Wanita - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template