Setiap perkara dimulakan dengan "بسم الله الرحمن الرحيم".
sejajar dgn hadith yang dibaca beberapa hari lalu harap diri ini istiqamah dlm melakukannya.
Sabda Nabi SAW:
"Setiap perkara penting yang tidak dimulakan padanya dengan BISMILLAH , maka perkara itu terputus."
(HR Abu Daud, Al-Nasa'ie, Ibn Majah n Ibn Hibban dalam sahihnya)
**yang dikatakan terputus itu iaitu "terputus daripada tujuan asal yang baik. Terputus dari Allah".
jika kita mulakan dengan Bismillah hikmahnya kita bekerja krn Allah . Semua perkara sepatutnya permulaan dengan niat "Lillahita'ala".
Mengenai hati dan ikhlas, dalam kehidupan ni, kita sering berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Termasuklah diri ini, rasanya berat ujian yang dilalui sejak akhir-akhir ni melibatkan hati, masa depan dan keluarga.
Melalui pembacaan ,dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.
**Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud:
"(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia." (Surah Ar-Rad, ayat 28)
**Selain itu, mukmin yang sentiasa berzikir akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, ayat 35)Walaupun zikir amalan yang mudah dilakukan, tetapi menjadi berat untuk dibiasakan. Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan. Pernyataan ni memang tepat, kadang kita rasa nak marah, hilang sabar bila ada ujian mcm ni dr Allah, seterusnya berakhir dengan keputusan yang beremosi. Semoga Allah memaafkan dosa hambamu ni. AstagfirAllah...
Manakala, ikhlas datang daripada hati akan menjadikan sesuatu perbuatan dan amal itu diterima Allah.
Nabi SAW bersabda;
"Siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya." (Riwayat Abu Daud)
Berdasarkan hadis ini, sifat ikhlas penting dalam memberi dan menolak sesuatu yang haram serta membenci perbuatan tidak baik. Malah, tujuan berkahwin yang ikhlas kerana Allah sangat dituntut Islam kerana ia adalah cara menuju kesempurnaan iman. Begitulah tingginya kedudukan sifat ikhlas dalam hati Muslim. Sifat ikhlas dapat dididik kepada anak melalui pemberian, percakapan dan membenci sesuatu perkara yang dilarang Allah. Pendidikan ini mesti dilakukan secara berterusan.
Ikhlas sebenarnya wujud dari hati, bukan melalui percakapan. Ada sesetengah orang mengatakan, pemberian saya ini ikhlas. Belum tentu sifat ikhlas itu wujud seratus peratus kerana pemberian yang ikhlas adalah lebih baik dilakukan secara diam-diam dan tidak perlu ia dihebahkan kepada orang ramai.
Sukar untuk menentukan keikhlasan yang datang dari hati.
Hanya seseorang yang beriman dan betul-betul ikhlas yang dapat mentafsirkan pemberiannya ikhlas atau ada maksud di sebaliknya.
Ya Hayyu ya Qayyum, berikanlah ketenangan hati , keikhlasan dan petunjuk pada hambamu ini.
Salam Sayang Strawberry..
1 comments:
Assalamu'alaikum,
InsyaAllah, ikhlas datang bila kita fikir segala yg kita buat utk dpt redha Allah. Allhummaj'alna minal mukhlisin. Moga comment ni pun ditulis dgn ikhlas :)
p.s: Nice entry. Sususan isi dan ayat yg baik. Disokong dalil2 yg relevan :)
Post a Comment