Assalamualaikum...kaifa hal...khair?(ko pehal.) (Ape kaba sehat?) hihi.. lame x update blog..huhu alhamdulillah sekarang dah jadi guru yg disahkan..hehe kerjaya yang agak sibuk..tapi masih under control alhmdulillah.. huhu.. sekarang pun masih berada di sekolah even cuti sekolah dah pun bermula..itula pengorbanan guru. Pembentangan instrumen SKPM 2010 datin tengah jelaskan..lebih kepada kepimpinan dan hala tuju. Objektif tercapai? Kemenjadian murid? Komunikasi guru berkesan? Silalah jalankan tanggungjawab anda huahua.. dah tepu nk dengar sekarang..otak pula nk siapkan laporan n minit disiplin..mudahan dipermudahkn.. pukul 2 appoiment dgn dr mata..kene gerak awal nnt.huhu okla...strawberry stop sini dulu..huahua..salam sayang strawberry. ..tata
Assalamualaikum dan salam sejahtera di pagi yang hening di IPBA KL :) hihihi setelah lama menyepi di blog, barulah hari ni nak menulis post.huhu sobahal khair...kaifa halukum? hehehe. actually skg kat maktab ngan study pasal IT, ape lagi bukak blog la dah lame xbuka, lecturer tgh ajar google doc, yang kite dok post blog huahua. perghh sangat letih life skg, belajar sambil mengajar. berkorban apa saja pepatahnya! gituuuu huhu ikhlaskan hati :) dah dua hari tak tido malam buat assignment maktab n at d same time key in markah student dlm website kpm. yuhuuu mata layu je ni dalam kelas. okla, sambung lagi nanti cik nyssa! terasa nak makan coklat zip strawberyy....nyum nyum
Persoalan kepada Hina @ tidak standard @tidak kemana sangat kerjaya sebagai seorang PENDIDIK @ GURU ?
Posted by Nyssa' KhyrunHadis ini menjelaskan bahawa seseorang walaupun sudah meninggal dunia masih berpeluang untuk membuat pahala berpanjangan di alam kubur, iaitu melalui amalannya sewaktu di dunia seperti sedekah jariah, ilmu yang pernah disampaikan dan dimanfaatkan oleh orang lain serta doa anaknya yang salih.
Ini bermakna, pahala akan tetap bertambah walaupun ketika itu seseorang berada di alam kubur dan tidak mampu beramal lagi. Ini ibarat air sungai yang mengalir dari gunung tetap bertali arus tanpa henti.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain, maka baginya pahala yang sama seperti yang diperoleh oleh orang yang membuat kebaikan itu"(Riwayat Imam Muslim)
"Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk (kebaikan), baginya pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikut kebaikan itu selepasnya dan tidak akan berkurangan pahalanya walaupun sedikit, dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang turut diperoleh oleh orang yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikit pun"(Riwayat Imam Muslim" )
Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah SWT.
Ya Tuhan kami,
curahkanlah kesabaran atas kami
dan teguhkanlah pendirian kami
serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.
Ya Tuhan kami,
janganlah kau palingkan hati kami
setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat
karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami,
dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)
(Al- Imran 3:173)
(tarbiyah ul-aulad) Children Are From Heaven : Positive Parenting Skills for Raising Cooperative, Confident, and Compass
Posted by Nyssa' KhyrunChildren Are From Heaven : Positive Parenting Skills for Raising Cooperative, Confident, and Compass |
(Oleh: HAFIZ FIRDAUS) | |
Judul buku: Children Are from Heaven : Positive Parenting Skills for Raising Cooperative, Confident, and Compassionate Children Penulis: John Gray PhD Penerbit: Quill Berikut adalah ulasan buku serba ringkas kepada sebuah buku 'Children Are from Heaven : Positive Parenting Skills for Raising Cooperative, Confident, and Compassionate Children'. Sebenarnya ulasan buku diusulkan oleh Sheikh Yaakub (Fikrah yahoogroup) ketika kami membincangkan tentang kebaikan isi kandungannya serta persamaan beberapa konsep positive-parenting dengan hadis-hadis Rasulullah SAW mengenai pendidikan anak-anak (tarbiyah ul-aulad). Kebetulan pula kami berdua adalah bapa-bapa amatur dan anak-anak pun hampir sebaya. Sebenarnya sudah lama saya sering tertanya-tanya apakah kaedah membesarkan anak-anak yang terbaik. Saya juga tertanya-tanya bilakah pendidikan dimulakan? apa yang mahu dididik pada usia-usia tertentu? wajarkah sesetengah perkara didedahkan pada usia yang terlalu muda? Bagaimana cara terbaik kita menangani kerenah mereka? dan bermacam persoalan lagi. Saya pernah membaca sebuah karya monumental Abdullah Nasih Ulwan yang bertajuk Tarrbiyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam) yang ternyata sungguh baik dalam melengkapkan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sesuai dengan fikrah Islami. Tetapi dari segi praktisnya penerapan ilmu-ilmu ini ternyata memerlukan pula skill-set lain yang berbeza. Saya melihat bahawa silabus-nya ada tetapi metod penyampaiannya tiada. Anak-anak kita pula adalah 'alien' dari planet lain yang melalui berbagai peringkat pembesaran mental, fizikal dan emosi - bermula dari bayi kepada mumayyiz kepada akil baligh dan seterusnya. Jantina pun berbeza yang kemudian membahagikan mereka kepada dua kategori yang berbeza. Satu kesilapan yang biasa kita lakukan ialah mendidik anak-anak sebagai mana kita mendidik orang dewasa. Ini adalah tidak tepat dan tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, sedangkan Islam sendiri dari awal-awal lagi sudah membezakan antara kanak-kanak dan orang dewasa, mumayyiz (kanak-kanak) dan mukallaf (dewasa yang dibebani taklif syarie). Pengarang buku ini ialah seorang ahli psikologi yang terkenal dengan bukunya 'Men are from Mars, Women are from Venus' (yang dijadikan salah sebuah buku rujukan untuk bidang komunikasi oleh Universiti Islam Antarabangsa). Kepakaran beliau memang diiktiraf dan cukup popular melalui siri buku-buku beliau dan seminar-seminar yang beliau anjurkan di serata Amerika. Beliau menulis buku ini sebagai menjawab persoalan krisis keibubapaan yang melanda Amerika. Sebagaimana yang kita tahu fikrah liberalisasi Amerika telah melahirkan generasi rakyat yang jelas rosak jiwa dan akhlak dan setiap generasi melahirkan mereka yang lebih ganas dari generasi sebelumnya. Dan sudah tentulah generasi ini datangnya dari mereka yang melalui kegelapan dan ketidakseimbangan zaman kanak-kanak dan zaman remaja. Buku ini membincangkan kaedah positive-parenting melalui 5 tajuk besar. Secara umumnya kandungan buku ini tiada yang bercanggah dengan ilmu-ilmu Islam malah terdapat beberapa teori penulis yang bertepatan dengan sunnah Nabi SAW, bezanya penulis mengetahuinya dari kajian dan pengalaman beliau sedangkan Nabi SAW mengetahuinya melalui bimbingan wahyu dari Allah SWT 1400 tahun dahulu. InsyaAllah akan saya sebutkan beberapa contoh nanti. Lima tajuk besar buku ini ialah: 1. It's okay to be different. - Setiap manusia itu berbeza itu sunatuLlah, kanak-kanak pun begitu juga. Kesilapan kita ialah sering menganggap keupayaan anak-anak serupa dengan kita atau anak kita mesti sama dengan anak jiran atau anak rakan kita. Penulis memberikan tiga kategori kanak-kanak 'walker', 'runner' dan 'jumper'. Mengakui dan memahami setiap kanak-kanak itu berbeza adalah langkah pertama ke arah positive parenting. 2. It's okay to make mistakes. - Manusia belajar dari kesilapan, ini juga hukum Allah. Dari kesilapan kita belajar kesan dan implikasi dan bagaimana membetulkan kesilapan atau tidak mengulangi kesilapan. Anak-anak yang membesar tanpa mempelajari bahawa kesilapan itu lumrah sebenarnya akan cacat daya juang dan daya saingnya serta tidak akan bersifat kompetitif. Mereka akan sentiasa takut mencuba kerana takut salah. 3. It's okay to express negative emotions. - Sebagaimana emosi positif itu baik untuk dizahirkan begitu juga emosi negatif tetapi haruslah dengan suasana terkawal dan kaedah yang betul. Peranan ibubapa dalam positive parenting ialah untuk memantau dan mengawal emosi positif dan negatif anak-anak. Kesilapan biasa ibu bapa ialah menafikan emosi negatif anak-anak contohnya tidak boleh menangis, tidak boleh merajuk, tidak boleh menjerit sedangkan ini adalah cara kanak-kanak melepaskan geram secara tabi'i, mereka tidak tahu cara lain. Adalah tidak adil bila kita menafikan hak anak-anak ini sedangkan kita sendiri kadang-kadang pun akan marah, geram, bengang dan sebagainya. 4. It's okay to want more. - Bab ini menceritakan tentang bolehnya anak-anak untuk meminta lebih atau meminta sesuatu tetapi haruslah dikawal dan dipantau secara bijak oleh ibubapa. 5. It's okay to say no, but remember mom and dad are the bosses. - Bab terakhir ini membincangkan tentang bolehnya anak-anak untuk berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan ibubapa. Ibubapa pula mestilah sentiasa memberi peluang untuk anak-anak menyuarakan pendapat. Walaupun pendapat mereka tidak tepat tetapi itu tidak bermakna mereka tiada hak untuk memberi pendapat. Keputusan muktamad masih di tangan ibubapa. Menafikan anak-anak hak bersuara dan memberi pendapat akan melahirkan generasi yang taklid dan berfikiran tertutup yang tidak boleh keluar dari pendapat ibu bapa mereka, atau bila mereka sudah dewasa tidak mampu keluar dari pendapat arus-perdana atau common practices walaupun jelas salah dan tidak tepat. Demikianlah 5 topik besar yang dapat saya ulas secara ringkas sahaja dan tidak dapat dituliskan kesemuanya, walaupun masih banyak lagi kandungan bermanfaat yang ingin saya kongsikan. Beberapa amalan atau kaedah positive parenting yang dapat saya kaitkan dengan sunnah Nabawi, sebagaimana yang saya katakan di atas adalah seperti berikut. 1. Anak-anak tidak mengerti apa itu tanggungjawab sehinggalah berumur tujuh tahun. Ketika umur tujuh pun mereka cuma diperkenalkan dengan konsep tanggungjawab tetapi tidak perlu memikul apatah lagi dihukum sehingga proses tarbiyah yang beransur-ansur itu selesai. Solat adalah tanggungjawab besar dan Nabi SAW menyuruh anak-anak dimulakan bersolat ketika umur 7 tahun dan dirotan ketika umur 10 tahun (3 tahun tempohnya). Petunjuk ini sebenarnya adalah petunjuk terbaik yang telah Islam tunjukkan bila menyentuh soal tanggungjawab. Apakah ada tanggungjawab yang lebih besar dari tanggungjawab manusia menyembah Rabb-nya? Yang terbaliknya dengan amalan masa kini ialah kita merotan anak untuk setiap perkara SELAIN solat dan cuma menyuruh anak solat bila anak sudah 17 tahun atau bila tidak lama lagi sudah mahu menikah. Satu amalan tradisional yang menyalahi sunnah dan menyalahi positive parenting. 2. Anak-anak tidak dibanding-bandingkan dan dilayan sama-rata. Ini dapat kita lihat dari sikap Rasulullah SAW yang melayan cucunya Hassan dan Hussain. Rasulullah melayan mereka sama rata dan melayan mereka sebagaimana kanak-kanak gemar dilayan. Pernah suatu ketika Nabi SAW melihat seorang lelaki mencium anaknya tetapi tidak mencium anaknya yang seorang lagi dan Nabi SAW menegur sikap tidak adil lelaki tersebut. Pernah juga Nabi SAW memberi amaran kepada seorang lelaki mengaku tidak ada perasaan sayang terhadap anaknya dengan amaran "tidak disayangi Allah mereka yang tidak menyayangi..". 3. Anak-anak ada set of rules mereka yang tersendiri sebagaimana orang dewasa juga. Mereka hidup dalam dunia mereka yang jauh berbeza dengan realiti dan peraturan dunia orang dewasa. Salah faham yang sering kita lakukan ialah kita meletakkan standard yang begitu tinggi untuk anak-anak dan menganggap sebaik sahaja mereka mampu bercakap maka secara otomatik mereka mampu memahami logik dan peraturan orang dewasa. Ini adalah salah dan mustahil, sebaliknya ibu bapalah yang harus memahami dunia kanak-kanak dan memahami mengapa they behave the way they do. Inilah sebenarnya kaedah Nabawiyah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam sebuah riwayat yang masyhur iaitu bila cucunya (Hasan atau Husain) memanjat tengkoknya ketika Baginda sedang sujud dan Baginda tidak bangun dari sujud (begitu juga para makmum) sehinggalah cucunya itu selesai dan turun dari tengkuknya. Akhir sekali, positive parenting yang diketengahkan dalam buku ini adalah alternatif kepada cara yang biasa kita lihat dan amalkan iaitu hard-parenting (ibubapa garang) dan soft-parenting (terlalu manjakan anak). Bukan kerana kita suka tetapi kerana kita tidak punya alternatif lain. Positive parenting tidak menjanjikan ibubapa atau anak-anak yang sempurna tetapi sebenarnya memudahkan ibubapa dalam memahami anak-anak, cuba menjadikan ibubapa 'coach' yang terbaik dalam membesarkan anak-anak dan mengajar bagaiman menggilap potensi dan bakat anak-anak yang sememangnya sudahpun Allah SWT tentukan. Benarlah maksud 'Children are From Heaven' kerana anak-anak adalah amanah besar dari langit (Allah SWT) dan anak yang soleh adalah saham yang sudah pasti menguntungkan kita insyaAllah. Saya amat mencadangkan buku ini dimiliki oleh para ibubapa lain juga bakal ibubapa yang ingin mencuba kaedah Positive Parenting. Salam Sayang strawberry.. |
Setiap perkara dimulakan dengan "بسم الله الرحمن الرحيم".
sejajar dgn hadith yang dibaca beberapa hari lalu harap diri ini istiqamah dlm melakukannya.
Sabda Nabi SAW:
"Setiap perkara penting yang tidak dimulakan padanya dengan BISMILLAH , maka perkara itu terputus."
(HR Abu Daud, Al-Nasa'ie, Ibn Majah n Ibn Hibban dalam sahihnya)
**yang dikatakan terputus itu iaitu "terputus daripada tujuan asal yang baik. Terputus dari Allah".
jika kita mulakan dengan Bismillah hikmahnya kita bekerja krn Allah . Semua perkara sepatutnya permulaan dengan niat "Lillahita'ala".
Mengenai hati dan ikhlas, dalam kehidupan ni, kita sering berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Termasuklah diri ini, rasanya berat ujian yang dilalui sejak akhir-akhir ni melibatkan hati, masa depan dan keluarga.
Melalui pembacaan ,dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.
**Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud:
"(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia." (Surah Ar-Rad, ayat 28)
**Selain itu, mukmin yang sentiasa berzikir akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, ayat 35)Walaupun zikir amalan yang mudah dilakukan, tetapi menjadi berat untuk dibiasakan. Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan. Pernyataan ni memang tepat, kadang kita rasa nak marah, hilang sabar bila ada ujian mcm ni dr Allah, seterusnya berakhir dengan keputusan yang beremosi. Semoga Allah memaafkan dosa hambamu ni. AstagfirAllah...
Manakala, ikhlas datang daripada hati akan menjadikan sesuatu perbuatan dan amal itu diterima Allah.
Nabi SAW bersabda;
"Siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya." (Riwayat Abu Daud)
Berdasarkan hadis ini, sifat ikhlas penting dalam memberi dan menolak sesuatu yang haram serta membenci perbuatan tidak baik. Malah, tujuan berkahwin yang ikhlas kerana Allah sangat dituntut Islam kerana ia adalah cara menuju kesempurnaan iman. Begitulah tingginya kedudukan sifat ikhlas dalam hati Muslim. Sifat ikhlas dapat dididik kepada anak melalui pemberian, percakapan dan membenci sesuatu perkara yang dilarang Allah. Pendidikan ini mesti dilakukan secara berterusan.
Ikhlas sebenarnya wujud dari hati, bukan melalui percakapan. Ada sesetengah orang mengatakan, pemberian saya ini ikhlas. Belum tentu sifat ikhlas itu wujud seratus peratus kerana pemberian yang ikhlas adalah lebih baik dilakukan secara diam-diam dan tidak perlu ia dihebahkan kepada orang ramai.
Sukar untuk menentukan keikhlasan yang datang dari hati.
Hanya seseorang yang beriman dan betul-betul ikhlas yang dapat mentafsirkan pemberiannya ikhlas atau ada maksud di sebaliknya.
Ya Hayyu ya Qayyum, berikanlah ketenangan hati , keikhlasan dan petunjuk pada hambamu ini.
Salam Sayang Strawberry..