بسم الله الرحمن الرحيم....
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
Segala puji bagi Allah yang melimpahkan rahmat dan rezki kepada hambanya,semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.
Dah lama tidak menulis blog Strawberry saya, hari ini terasa untuk menulis disebabkan tertarik dengan status seorang hamba Allah mengenai luahan hati beliau kritikan seseorang yang memperlekehkan kerjaya sebagai seorang PENDIDIK.
status beliau seperti berikut:
"Hina sangat ke kerjaya sebagai seorang PENDIDIK @ GURU ? Sampai ada orang yang sanggup memperlekehkan kerjaya ni..sedar lah sikit, awak jadi pandai & bijak sekarang ni pun sebab dididik dan diajar oleh seorang GURU..kalau takde GURU nak ajar, mungkin a b c p0n awak tak tau nak sebut. Jangan anggap diri dan bidang yang awak ambil sekarang ni bagus sangat..hormat sikit orang lain.(Emosi:geram+marah+kesal+dll) Sekian~"
Jika kita imbas semula, kerjaya sebagai PENDIDIK ini sangat mulia. Bukan senang untuk memahamkan seseorang sehingga menjadi bijak pandai dan hasilnya nampak apabila seseorang itu berjaya. Sebelum mencapai kejayaan, seseorang itu bermula dengan pendidikan,cara mengenal huruf dan sebagainya. Contoh terbaik untuk diberikan, dimana Allah mengutuskan Nabi SAW sebagai utusan dalam menyampaikan da'wah islamiah kepada umatnya. Jika tidak diutuskan Nabi adakah manusia kini faham apa itu konsep Islam sebenar? berbalik kepada kerjaya pendidik tadi, jika tiada pendidik adakah manusia sekarang memahami konsep setiap bidang yang diambil? adakah mereka boleh membaca? Allah sendiri mengutuskan Malaikat Jibril mengajar Nabi SAW membaca sebelum menyampaikan da'wah. Betapa pentingnya sumbangan pendidik itu sebenarnya, maka fikirkanlah..
kita semua lihat semula Hadith Rasulullah SAW yang menjelaskan tiga perkara pahala yang berpanjangan selepas mati:
Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud:"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih"(Hadis Riwayat Muslim).
Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang walaupun sudah meninggal dunia masih berpeluang untuk membuat pahala berpanjangan di alam kubur, iaitu melalui amalannya sewaktu di dunia seperti sedekah jariah, ilmu yang pernah disampaikan dan dimanfaatkan oleh orang lain serta doa anaknya yang salih.
Ini bermakna, pahala akan tetap bertambah walaupun ketika itu seseorang berada di alam kubur dan tidak mampu beramal lagi. Ini ibarat air sungai yang mengalir dari gunung tetap bertali arus tanpa henti.

Mengenai ilmu yang dimanfaatkan,
dimana tugas mendidik atau mengajar ilmu kepada orang lain juga adalah amalan sangat mulia di sisi agama. Apabila seseorang mengajar ilmu kepada orang lain dan kemudian orang itu mengajar pula kepada orang lain, itulah yang amat bernilai dan dikira sebagai ilmu yang dimanfaatkan.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain, maka baginya pahala yang sama seperti yang diperoleh oleh orang yang membuat kebaikan itu"(Riwayat Imam Muslim)
"Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk (kebaikan), baginya pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikut kebaikan itu selepasnya dan tidak akan berkurangan pahalanya walaupun sedikit, dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang turut diperoleh oleh orang yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikit pun"(Riwayat Imam Muslim" )

ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN , adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : 'Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."
Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah SWT.

Semoga penjelasan diatas menjadi renungan bersama sebelum membuat sesuatu pernyataan yang tidak berasas. Sesunguhnya setiap ilmu, kejayaan , rezki dan semua perkara adalah datang dari Allah SWT .
Salam Sayang Strawberry,
Khyrun Nyssa Yunos_Strawberry :)
1 comments:
Salam. Bila baca posting kali ni, teringat pendapat & huraian usfaz masa sekolah dulu. Sama dgn posting awk. Cb renungkan tafsir surah Az-Zumar ayat 9.
:-) Semoga Allah memberkati ilmu yang bermanfaat yg disampaikan para guru-guru.
Salam dari perantauan.
Post a Comment